Friday, September 25, 2009

Uterus dan testicle

Sudah hari ke-6 dalam bulan Syawal dan rasanya ramai orang keluar beraya menziarahi saudara-mara dan rakan-rakan since it is after all, the weekend. Aku baru dapat berita yang pakcik aku nak datang petang ni and I don't think I want to stick around for it. Save me a spot at Starbucks today okay?

Tapi sebentar tadi sepupu aku dan anak-anaknya yang ramai gila datang ke rumah dan aku tak sempat nak melarikan diri. Terpaksa aku mendengar pelbagai cerita yang tak sepatutnya dikongsi bersama. Raya conversation usually involves catching up on family gossip, aktiviti di malam raya, masakan raya, perbelanjaan raya dan lain-lain lah.

Tapi sepupu aku dan isteri dia telah bercerita tentang testicle anak mereka yang tinggal satu. Nasib baik budak tu kecil lagi because I am sure that he would go and look for a shovel so that he could dig a hole in my garden and bury himself away from the embarrassment. As if that wasn't bad enough, they went on and on about how doctors say that this boy may never have any children, but they believe that he'll be able to produce dozens of little babies with his one remaining testicle. Wonder ball! Aku pulak cuba untuk menyibukkan diri mengutip kerak biskut di karpet yang sebenarnya tak ada kerak pon.

Lepas tu, si isteri sibuk bertanya kenapa aku belum mengandung lagi. Tak cukup bertanya soalan peribadi macam tu, dia tambah soalan "memang merancang ke atau belum ada lagi?" depan mak aku. Awkward kan? I didn't even attempt to answer her question because it was beyond inappropriate. Look, I don't talk about my uterus activities to everyone. In fact, I don't talk much at all. Mak aku pon terpaksa lah mencelah masuk dan cover untuk aku pasal reaksi muka aku memang dah tak boleh blah.

Wahai saudara-mara yang belum datang beraya, here's a thought. How about not asking about my fertility chart this time and just concentrate on the kuih raya.

No comments:

Post a Comment