Thursday, April 30, 2009

Cabana nights and music frights

Jam 9pm semalam, aku berada di hadapan Mc Donald's Permas Jaya menunggu kawan-kawan aku. "Menuggu" memang bahagian aku sebab aku seorang yang menghargai ketepatan masa berbanding a good portion of the Asian community. Tapi rupa-rupanya ada kawan-kawan aku yang dah sampai. I was impressed even though ada 2 kerat lagi yang tak sampai-sampai.

Anyway, we ended up having dinner at Cabana. Aku bukan seorang kaki clubbing dan sebab itu la, Stulang bukan tempat aku. Mengikut pemerhatian aku, Cabana ialah sebuah kelab malam dan tempat makan. Walaupun retaurantnya al-fresco style dan terletak di seksyen yang lain, muzik yang berkumandang di dalam kelabnya tetap kedengaran lebih daripada jelas. Muzik yang diputarkan dari genre R&B, hip hop and a mix of Top 40s - which by the way, irritated me to to end. Nasib baik makanannya sedap. Dalam aku duduk memerhatikan perempuan-perempuan berkasut boot dan lelaki baju belang berkolar besar ala casanova sambil mendengar lagu-lagu yang menjengkelkan, aku telah membuat list recording artist yang patut di ban di radio.

1) Akon
Aku rasa mungkin Cher cemburu dengan suara Akon sebab aku berpendapat Akon boleh nyanyi lagi 'Believe' tanpa apa-apa bantuan teknikal. Bertenang, Cher. Tolong tukar suara, Akon.

2) Flo Rida
Kenapa mesti nak rip off dari Dead Or Alive? Dan aku takut tengok badan dia yang terlebih steroid tu.

3) Sean Kingston
Rakan suara kartun Akon.

4) 50 Cent
Aku tak suka cara rapping dia. Macam orang malas yang cakap meleweh. Badan sudah cukup macho (yang again, menakutkan aku), tapi suara dan cara penyampaian lagu tak ada uummpphh.

5) Rihanna
Suara dia sengau dan aku rasa macam tak sesuai dia nak selitkan juga perkataan 'Rehab' dalam albumnya. She's no Amy Winehouse. She's too squeeky clean. Tapi incident dia bersama Chris Brown berjaya menambah takuk ghetto pada dirinya.

6) Jonas Brothers
Mereka sebuah pendemic yang terlalu candy floss sweet. Sakit gigi aku.

7) Nickelback
All their songs sound the same and the singer sounds constipated. Plus, the lead singer looks like Jesus, even with his short haircut. I don't mean any disrespect, but it is kind of disturbing right?

8) Janet Jackson
Whispering does not count as singing.

9) Secondhand Serenade
Mungkin dia cuba to come across as Chris Carrabba vocally, emotionally and musically tapi aku rasa dia macam a watered down Simple Plan with Ryan Cabrera's hair.

10) Tata Young
Suara tak seberapa. Lagu-lagunya sangat tacky dan cheap sampai aku rasa Eastern European clubs pun tak mahu memutarkan lagunya. Dan aku rasa dia tak hot, tapi malangnya dia rasa dirinya hot. Get a mirror, Tata and say bye-bye.

No comments:

Post a Comment