Thursday, April 30, 2009

Just in case you were wondering

Selama ini aku tak pernah terfikir untuk memulakan laman blog peribadi. Ya la, bercerita pasal observations aku, hidupan harian aku, pengalaman pahit dan manis aku dan apa-apa lagi la. Sebab apa? Sebab aku rasa kehidupan aku sangat mediocre. Sangat uninteresting. Dan kadang-kala sangat membosankan. Not news worthy. Tapi hari ni, tiba-tiba terbuka hati aku untuk lay out my thoughts on paper. Atau dalam kes zaman sekarang ni, broadcast my thoughts on the internet via usernames, passwords and HTML codes so that I can feel good knowing somebody is taking an interest in me.

Aku tak punya kehidupan yang exciting. Aku banyak menghabiskan masa di rumah bersama Mummy aku. Aku seorang copywriter yang bekerja via e-mail dan aku juga seorang amature baker. Tetapi, ada masa aku rasa aku tak penting. There are times when I feel like a third wheel amongst people I know. Like, I am always a runner up in the friendship department. Betul orang putih cakap - Two's company, three's a crowd. Aku rase I am not over-reacting. It is what it is and I am who I am. It's no wonder I find comfort in my cats. Memang orang cakap aku gila kucing, tapi sekurang-kurangnya, aku tahu kucing-kucing aku menghargai aku. Sayang aku. Golek depan aku tanda gembira.

Aku tahu aku penting buat Mummy dan suami aku. Mereka berdua amat menyayangi aku dan sentiasa mengambil tahu perihal aku. Mereka mengambil berat tentang aku dan sentiasa willing to lend a helping hand. Aku sayang mereka kerana mereka sayang aku. Unconditional love.

No comments:

Post a Comment